Thursday, June 14, 2012

Resepi Mee Goreng Basah

Bahan-bahan

  • Sebungkus mee kuning
  • Tiga ekor sotong (dipotong kecil)
  • Satu sudu besar cili kering yang sudah dikisar
  • Satu biji bawang besar (dihiris nipis)
  • Dua biji telur
  • Dua biji bawah putih (dihiris dadu nipis)
  • Dua sudu besar sos tiram
  • Dua sudu kicap cair
  • Dua sudu sos cili
  • Tauge dan kucai
  • Dua sudu gula
  • Satu sudu kecil garam dan sedikit ajinomoto
  • Dua keping fishcake
  • Sedikit minyak untuk ditumis

Cara-cara

  • Rebus sotong sehingga comel dan asingkan sebelah bersama air sotong
  • Panaskan kuali bersama sedikit minyak , dan masukkan cili yang sudah dikisar.
  • Tumis sehingga garing dan masukkan bawang besar bersama bawang putih
  • Selepas itu masukkan sos tiram , kicap cair , sos cili , garam , gula dan ajinomoto secukup rasa
  • Gaul rata kemudian masukkan fishcake beserta sotong dan air sotong yang sudah direbus tadi
  • Pecahkan telur dan masukkan mee kuning , tauge dan kucai . Gaul sehingga sebati
  • Lainnya di sini , selalu masak pakai air masak biasa tapi kali ni pakai air sotong yang sudah direbus :)
Hiaskan bersama daun sup dan daun bawang . Selamat mencuba !