Thursday, May 03, 2012

Buat Bonda


Ibu
Waktu itu mengujimu ku kau gendong ke sana-sini
Semakin hari semakin beban namun bagimu ianya harapan
Setelah sampai nisbah ketentuan tuhan 10 hari dan sembilan bulan
Bercucuran air mata kegembiraan walaupun kesakitan memetir bak taufan

Aku kau sayangi aku kau kasihi
Tak luak kasihmu ibu tak lekang perhatian kau padaku
Aku terus membesar seiring masa yang beredar
Kau sentiasa di sisi memberi harapan pada diri ini yang kau harapkan sejak dulu


Ibu
Aku berjanji selagi dayaku harapanmu pasti hidup impianmu pasti mekar suatu hari nanti
Takkanku biar kau diluka oleh setiap perilaku ku atau sesiapa jua yang ada kini
Kau lah yang satu wahai anak diluar sana ibu tiada gantinya dialah satu buat selamanya

Walau apapun yang terjadi jangan sekali kau guriskan
Hati mereka yang mendatangkan kau ke dunia ini
Dengan segala payah dan sengsara merekalah permata yang berharga
Walau tercampak ke mana jua takkan susut harganya takkan hilang serinya

Wahai ibuku
Ku selalu mengharapkan agar setiap masa kita bersama
Aku sepi tanpamu aku sunyi bila kau jauh
Aku rindukan belaianmu oh ibu datanglah padaku
Selagi nyawa ini bersatu dengan jasad takkan sekali-kali kau kulupakan
Kerana matilah hatiku bila kau ku lupa hilanglah arahku bila kau tiada


Ibu
Kaulah satunya ibuku oh tuhan ibuku banyak berjasa padaku
Kau lindungilah dia dari petaka dunia dan akhirat sana
Tak sanggup kulihat ibuku derita pindahkanlah segala duka itu padaku
Tak mampu aku menahan sebak andai ibuku kau uji
Sekali-kali air mataku mengalir mengenang sakit dan derita yang ibu tanggung

Semakinku kenang semakin ia bergenang Tuhan andai ibuku ada silapnya padamu
Ampunilah dia terimalah doaku buatnya dia aku harapkan padamu
Agar bersama mereka yang kau payungi dengan rahmatmu yang maha luas


Ibu
Dengarlah andai sampai waktu Tuhan menentukan
Saat perpisahan yang pasti terjadi samada aku atau kau
Ingatlah hati ini telah terukir indah namamu
Nama ibu yang aku rindu
Nama ibu yang aku sayang
Nama ibuku yang satu.